Selasa, 23 Februari 2016

cuti sehari-hari di Melaka..

1KOTA A FAMOSA 


A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina oleh Portugis semasa menakluk Melaka pada tahun 1511. Kota ini mengambil masa 5 bulan untuk dibina hasil daripada kerahan buruk paksa bagi menangkis serangan orang-orang melayu pada ketika itu. Disebabkan cuaca yang panas dn kekurangan makanan ramai buruh paksa ini mati semasa pembinaan kota tersebut.

Kota A famosa ni terletak di atas bukit. Jadi paham-paham la. Untuk sampai ke atas tu anda perlu menaiki berpuluh-puluh anak tangga. Boleh semput juga nak naik atas ni. Tapi jangan tak tahu view kat atas tu memang best. Rasa tenang je. Tak rugi anda panjat tinggi-tinggi.


Antara coconut shake yang tersohor di Melaka ialah Klebang Coconut Shake. Dah nama pon Klebang Coconut Shake tentula lokasinya juga berada di Klebang. Waktu operasi Klebang Coconut Shake ni adalah seawal jam 12 tengahari dan tutup jam 7 petang.
Waktu operasi Klebang Coconut Shake

Coconut Shake Special


Unik nya Klebang Coconut Shake ni ialah kedainya terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk mereka yang ingin bawa pulang atau bungkus. Dan satu lagi untuk mereka yang ingin minum di situ. Kalau anda datang lambat sikit je, memang panjang la beratur nya. Sebab Klebang Coconut Shake ni boleh juga dikatakan sebagai salah satu tarikan pelancong di negeri Melaka ni.

Rugi rasanya jika anda tak cuba Coconut shake special ni jika anda melawat ke Melaka. Sekali cuba pasti nak lagi.


Taman rekreasi air panas Jasin ini merupakan satu destinasi istirehat yang perlu dikunjungi sekiranya anda berkunjung ke Melaka. Anak-anak anda yang baru selesai peperiksaan tu tentu seronok jika dibawa ke sini. Mana tak nya mereka dapat berseronok mandi manda.

Baucer ini mungkin boleh digunakan oleh anda semasa berkunjung ke sini

Taman rekreasi ni terbahagi kepada banyak seksyen. Ada bahagian koalm air sejuk dan ada bahagian kolam air panas. Air panas ini dihasilkan dari air mineral semualjadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali. Ia dikatakan dapat menyihatkan tubuh badan keran keupayaan nya untuk mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.


Foto: Kredit to roslithnin.blogspot.my


Harga tiket masuk yang dikenakan ialah RM6 untuk pengunjung dewasa dan RM3 untuk pengunjung kanak-kanak. Waktu operasi pula adalah seawal jam 9 pagi dan tutup pada jam 12 malam.

4. ZOO MELAKA & NIGHT SAFARI
Zoo Melaka merupakan sebuah zoo yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan merupakan ZOO KEDUA TERBESAR di Malaysia. Mesti anda akan rasa boring kan pergi Zoo ni. But believe me. Saya dah masuk beberapa kali ke sini dah setiap kali tu saya akan rasa seronok.

Selain layout perjalanan dalam zoo yang menarik, binatang-binatang yang dipelihara juga punya tarikan tersendiri. Jangan main-main jalan-jalan dalam ni taw. Silap-silap kena tour satu hari baru habis pusing.

Oh ye. Zoo Melaka ni juga ada night safari. Tak payah pergi jauh-jauh nak pergi Night Safari. Best kan..

5. MASBRO VILLAGE, PAYA RUMPUT
Salah satu homestay yang menarik di Melaka ini ialah MASBRO VILLAGE yang terletak di paya rumput. Jika anda masuk ke melaka melalui tol Simpang Ampat menuju ke Bandar Melaka, anda dapat melihat homestay ini di sebelah kanan jalan sebelum tiba di lampu isyarat Tesco Cheng.

Homestay ini boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk satu rumah. Jarak antara homestay ini ke bandar melaka pula hanya7 kilometer sahaja. Sekali pandang nampak seperti di luar negara kan. Untuk tempahan bolehKLIK SINI



6. MEDAN IKAN BAKAR CRYSTAL BAY, ALAI

Kedudukan Melaka yang terletak di persisir pantai membuatkan ramai anak melayu mengusahakan medan ikan bakar. Ikan bakar akan terasa lebih enak jika dinikmati di tepi muara. Ramai yang dah maklum mengenai Medan Ikan Bakar Umbai dan Medan Ikan bakar Muara Sungai Duyong.



Sebagai penghuni negeri Melaka ni, mami kurang gemar mengunjungi kedua tempat tersebut. Sementelah kedudukan Umbai yang lebih ke atas dari Alai. Sebut mengenai ikan bakar tentula kita nak menikmatinya bersama-sama keluarga kan. Jadi tentula harga amat memainkan peranan. 


Foto: Kredit to www.klurbanite.com

Pada saya harga menu ikan bakar di Crystal Bay Alai adalah lebih murah berbanding kedua-dua tempat tersebut. Walaupun lokasi medan ikan bakar ini tidak lah terletak di muara sungai sangat. Tapi at least harga menunya jauh lebih murah.

Deli Ikan Bakar adalah salah satu kedai ikan bakar di sana. Sekali sekala kalau mami teringin makan ikan bakar, Deli la pilihan hati. Selain makanan nya yang sedap dan murah, kedai ini juga mempunyai kawasan makan yang luas. Oh. Pemilik kedai ini juga baik hati. Setiap kali kami pergi memang dia akan berikan diskaun.

7. D'ALAI HOMESTAY



Oh ye.. Di alai juga terdapat sebuah homestay yang sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Homestay ni memang selalu penuh kerana fasiliti yang disediakan hampir menyerupai sebuah hotel. Mana tak nya homestay ini mempunyai 15 bilik dan setiap bilik tu ada kemudahan-kemudahan yang privasi.

Homestay ini juga menyediakan promosi-promosi yang menarik untuk pengunjung nya. Antara fasiliti yang ada di sini ialah kemudahan BBQ, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, kemudahan wifi dan lain-lain.




Foto: Kredit to D'alai homestay


Untuk tempahan boleh KLIK SINI

8. SKY TOWER THE SHORE
Sebenarnya sky tower ni terletak di shopping complex terbaru di Melaka iaitu The Shore. Nama pon The Shore kan. Memang kompleks ini terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka. Anda dapat melihat bangunan ini jika menaiki river cruise menyulusuri Sungai Melaka.




 


Ha.. Macam mana okay tak tempat-tempat tu semua.

Isnin, 22 Februari 2016

cuti sehari-hari d Perak

Kalau datang ke negeri Perak, haruslah pergi ke tempat tempat yang menarik dan meninggalkan kenangan terindah bersama family, orang yang tersayang dan juga kawan kawan. So jom kita planning nak kemana.

Kinta
Bandar terbesar di daerah Kinta adalah bandaraya Ipoh. Bandar-bandar lain di daerah Kinta ialah Batu Gajah, Chemor dan Tambun. Senarai dibawah adalah antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong.

Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat
Apa yang menarik di Tasik Cermin ni adalah permandangan yang cantik memukau mata. Air tasik menghijau bak cermin sebab tu di panggil tasik cermin kot. Tasiknya yang dikelilingi dengan bukit batu kapur. Terdapat pelantar besi khas yang dibina yang membolehkan pengunjung melihat keindahan tasik cermin dan bergambar berlatarkan tasik ini.


Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang Kesan peninggalan sejarah perlombongan zaman dahulu ini telah dimajukan dan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Antara yang menarik disini ialah tasik yang luas, menara pandang jauh, jeti bot serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia.


Art of OLDTOWN / 7 Ipoh Wall Art Murals by Ernest Zacharevic
Sambanthan dan Jalan Padang.
1. Uncle drinking coffee (Jalan Bandar)
2. Paper plane (Jalan Tun Sambanthan)
3. Five packets of kopi-O (Jalan Tun Sambanthan)
4. Hummingbird (Jalan Panglima)
5. Evolution (Jalan Bijeh Timah)
6. Trishaw garbage collector (Concubine Lane 3)
7. Girl and sparrows (Jalan Bandar Timah)
8. Original kopi-o (Jalan Bandar Timah)

 Lokasinya adalah Jalan Panglima, Market Street, Jalan Bijeh Timah, Concubine Lane 3, Jalan Tun


Taman Dr Senivagasam 
Taman rekreasi Dr Senivagasam terletak ditengah bandaraya Ipoh, Taman D.R Senivasagam lengkap dengan berbagai kelengkapan riadah, tempat bermain, lorong pejalan kaki, padang serbaguna dan lain-lain.


Taman Jepun, Ipoh
Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh, Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. Kini, Taman Jepun boleh diklasifikasikan sebahagian daripada Taman D.R. Seenivasagam. Taman ini telah dibuka pada awal tahun tahun 50-an.



Gua Tempurung
Terletak di Gopeng,Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur yang cantik. Ia mempunyai bumbung kubah yang berbentuk seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini adalah sekitar 1.9 KM. Terdapat berbagai kemudahan didalam gua ini seperti lampu, tangga dan titi bagi memudahkan pelancong menyusuri gua dan menikmati pemandangan indah yang terbentuk didalam gua.


Bulatan Sultan Idris Shah
Mercu tanda Bandaraya Ipoh yang mempunyai rekabentuk yang cantik. Pemandangan lebih menarik di waktu malam dengan pancutan air dan lampu berwarna-warni yang menghiasi tempat ini.


Menara Peringatan Birch
Sebuah menara sejarah yang terletak di bandaraya Ipoh. Ia merupakan menara jam yang dibina bagi memperingati pembunuhan J.W.W Birch, bekas Residen British yang pertama negeri Perak, semasa peristiwa Pasir Salak.


Masjid Negeri
Masjid yang menjadi mercu tanda di Ipoh ini mempunyai rekabentuk dan senibinayang sangat cantik. Salah satu keunikan masjid ini ialah terdapat 125 buah kubah dibina diatas bumbung masjid


Muzium Darul Ridzuan
Terletak berhampiran Bangunan SUK Negeri Perak. Bangunan ini dibina dengan ciri-ciri Inggeris. Terdapat dua buah kubu pertahanan udara dibina pada 1940 untuk berlindung dari serangan tentera Jepun. Tujuan asal muzium ini adalah untuk menyimpan bahan sejarah perlombongan bijih timah dan perhutanan di Ipoh.


Muzium Geologi
Muzium ini dibina pada tahun 1957. Terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Muzium Geologi ini mempunyai lebih 600 koleksi sampel mineral yang dipamerkan kepada pengunjung.
Ladang Penternakan Kuda Kebangsaan
Ladang penternakan kuda ini terletak di Tanjung Rambutan. Kuda-kuda yang dibiak adalah dari berbagai spesis berkualiti untuk perlumbaan


Batu Gajah
Kellie’s Castle
Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah,Negeri Perak.-wikipedia

Taman Herba Perak (Perak Herb Garden) 
Taman Herba ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan 22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba. untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah. Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan, surau dan dewan taklimat, Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.

Taman Alam Kinta (Taman Burung)
Taman alam Kinta telah diiktirafkan oleh Persatuan Alam Malaysia sebagai kawasan yang menjadi habitat kepada lebih daripada 150 jenis burung air melalui atau kajian yang telah dilakukan awal tahun ini.

Tambun
Lost World Of Tambun
Lost World Of Tambun is Malaysia’s premiere action and adventure family holiday destination. A wholesome family experience awaits you behind our majestic walls with everything you could possibly want from amusement park rides to eco-adventure thrills! That’s not all, we’re also located in one of Malaysia’s most historic city, rich with culture and heritage. More than just a themepark, we’re a destination.
Taman Air (Water Park) 
Amusement Park 
Lost World Petting Zoo
Tiger Valey 
Tin Valley
Adventure Park 


Hilir Perak 
Teluk Intan
Menara Condong
Salah satu tempat menarik di Perak yang unik. Menara jam setinggi 25.5 meter, 8 aras dan sedikit condong ini terletak di Teluk Intan. Rekabentuknya adalah seperti pagoda. Pengunjung boleh masuk kedalam menara ini dan melihat bahagian dalamannya yang kemas dan terjaga. Ia dibina oleh Leong Choon Chong.

Limbungan Bot Teluk Intan
Batu Bertenggek Perang Dunia Pertama
Bangunan-bangunan Era British
Bekas Istana Raja Muda


Bagan Datoh
Beting Beras Basah, Bagan Datoh


Kuala Kangsar (Bandar Diraja)
Galeri Sultan Azlan Shah
Air Terjun Ulu Kenas
Pusat Pembangunan Kraftangan Perak
Pokok Getah Pertama dan Tertua di Malaysia 
Memorial Keris.
Menara Pavilion Segi Empat.
Istana Iskandariah, di Bukit Chandan.
Masjid Ubudiah, di Bukit Chandan.
Muzium Diraja 
Resort Sungai Perak.
Pusat Kraftangan Mariwasa.
Pusat Rekreasi JPS.
Kolam Air Panas Ara Panjang, Manong
Chalet Lata Papan, Kuak, Kuala Kangsar

Larut, Matang, Selama
Taiping
Zoo Taiping 
Night Safari Zoo Taiping 
Kuala Sepetang
Bukit Merah Laketown Resort 
Eco Park 
Water Park 
Pulau Orang Utan
Bukit Larut (Maxwell Hill)
Taman Tasik Taiping (Taiping Lake Garden)
Spritzer EcoPark
Muzium Perak
Burmese Pool Taiping
Taiping EquinePark
Port Weld, Kuala Sepetang 
Kediaman Residen British 
Stesen keretapi Taiping 
Paya Bakau Daerah Kerian.
Pantai Ban Pecah.
Kg Dew Fireflies Eco Tourism.
Kolam air panas Trong

Manjung
Daerah Manjung ialah daerah di negeri Perak yang menghadap Selat Melaka. Ia terkenal dengan pantai yang cantik, resort yang menarik serta restoran makanan laut yang sedap. Banyak tempat-tempat menarik di Perak berada dalam daerah Manjung. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong di daerah ini ialah
Pangkor
Pulau Pangkor
Kota Belanda Pangkor
Restoran Terapung Teluk Gedong
Batu Bersurat 
Bukit Pangkor.
Pangkor village
Pangkor Laut 
Pantai Pasir Bogak
Pantai Puteri Dewi
Teluk Nipah 
Teluk Segadas

Lumut
Teluk Batik
Bukit Engku Busu
Taman Esplanade 
Pasir Panjang, Segari 
Teluk Senangin 
Pulau Sembilan 
Jambatan Gantung 
Damai Laut Resort
Restoran Terapong Teluk Gedong 
Kampung Bharu 
Kampung Teluk 
Lata Ulu Licin Beruas
Muzium Beruas 
Pulau Marina (Teluk Muruh)

Sungkai
Sungai Klah Hot Spring
Sungkai Wildlife Reserve
Ladang Herba 
Pusat buah-buahan


Hulu Perak
Gerik (Bandar Utama Hulu Perak)
Royal Belum State Park (Hutan Simpan Belum)
Gua Gendang & Gua Itik
Pulau Banding 
Tasik Temenggor
Taman rekreasi Air Beruk Lata Pinang
Empangan Pong 
Batu Hampar 
Kampung Bongor Taman Rafflesia
Kawasan Perkelahan Lata Ulu Lawin
Pulau Tali Kali
Dataran Pengkalan Buaya 
Air terjun Tanjung Kala
Gunung Kenderong

Lenggong (Selatan Hulu Perak)
Air terjun Lata Kekabu
Muzium Arkeologi Lenggong


Tapah
Perkampungan Orang Asli di Batang Padang
Hutan Rekreasi Kuala Woh 
Air terjun Lata Iskandar
Air terjun Lata Kinjang 
Air terjun Lata Sungai Bil

cuti sehari-hari d Johor

Bulan cuti..Hari cuti..Holiday..pasti rmai yg nk luang msa brsma keluarga..kekasih..ank-ank..niat nk hepii kan diorgkan msa cuti..sbb msa cuti la pling ssuai nk bersma..lpskan rindu..mnja2 yan..mesra2 yan kan..hahaha

“ishh kat ner port cun eak nk g holiday??” hah soalan ni laaa yg dok main kt kpala kita..kat mna nk bwk insan2x tersayang ni nk g bercuti..

Nk brcuti mst la nk g port2x org ckp tu yg boleh bg kita ketenagan.,.kebahagiaan..keperasanaan..
Ap tu keperasanaan??haha..g bukak kamus sendiri check..

Ok..xmoe ckp bnyk lgi..hri ni..Mrs Poket nk Share nn Uolss abg2x brader kt lua sana antra tmpat2x mnarik untuk kita pergi bercuti brsma insan-insan kesayagan sekalian..
NEGERI JOHOR.


1. Pantai Rambah ( Pontian)

Pantai ini adalah pantai yang menjadi tempat berkumpulnya burung-burung untuk mengalunkan kemerduan suara masing masing. Ia berdekatan dengan Pulau Pisang dan Kampung Perikanan Kukup.Untuk kesana hanya perlu ke Pontian Kechil dalam lingkungan 8km sudah sampai di pantainya.




2. Pantai Punggor (Batu Pahat)

Pantai ini dipenuhi dengan deretan pokok kelapa tetapi pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda. Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan pantai boleh singgah disini. Terdapat kedai-kedai yang menjual makanan Melayu disekitar nya. Daripada bandar Batu pahat hanya 24km untuk sampai ke sini dan dari Pontian Kechil mengambil jarak perjalanan sebanyak 42km




3. Pantai Minyak Beku(Batu Pahat)

Pantai yang berdepanan dengan Pualu Sialu. Batu dipantai ini tidak sesuai untuk berenang tetapi sesuai untuk menikmati keindahan pantai dan menenangkan fikiran. Pertandingan joran memancing juga sering diadakan disini. Perigi Batu pahat berdekatan dengan tempat ini. Mempunyai kedai makanan tempatan berhampiran dengannya. Boleh melihat perkampungan orang asli disekitarnya. Daripada bandar batu pahat memakan masa sebanyak 8km sahaja.



4. Pantai Penyabong (Mersing)

Pasir pantai ini sangat popular pada waktu lawatan dan hari minggu. Dapat melihat kehidupan masyarakat luar bandar. Terdapat beebrapa resort disini dan satu antara kemudahan resort tersebut ada yang menyediakan kolam renang untuk para pengunjung. Diwaktu hari minggu dan cuti umum akan terdapat kedai kedai makan disekitarnya.



5. Pantai Air Papan (Mersing)

Pantai ini bertentangan dengan Pulau Setindan . Ia menjadi kawasan yang popular dengan destinasi pelancongan untuk rakyat tempatan. Ia juga menjadi pusat tarikan aktiviti joran memancing. terdapat dua jenis gerai dimana ada yang menjual makanan dan ada yang menjual cenderamata. tempat letak kereta juga dikenakan bayaran dan terdapat aktiviti peralatan sukan air yang disewakan. Daripada bandar Mersing mengambil jarak sebanyak 14km.


6. Pantai Teluk Buih (Mersing)

Ia adalah pantai yang tidak berapa ramai pengunjung dan sesuai dengan mereka yang mengingkan percutian privasi untuk mereka yang berkahwin atau honeymoon. Terdapat satu resort dan restoren tempatan yang menyediakan makanan laut dan Thai. Juga dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi dengan bayaran. Perkhidmatan sewa bot juga ada disediakan.Daripada bandar Mersing mengambil jarak 12.5km untuk sampai kesini.


7. Pantai Tenglu (Mersing)

Pantai yang menjadi tempat bersejarah dan popular dengan tradisi Melayu seperti tarian zapin tenglu yang aslinya datang daripada perkampungan nelayan disini. Pulau Setindan berdepan dengan pantai ini.


8. Pantai Tanjung Leman (Mersing)

Pantai yang memberi pemandangan kepada Pulau Tinggi dan Pulau Sibu. Pantai yang ditumbuhi dengan deretan pokok kelapa dengan pasir pantai yang jernih. Menjadi pusat tumpuan jurugambar yang menginginkan pemandangan yang cantik. Merupakan perhentian rehat bagi mereka yang ingin pergi ke jeti Tanjung Leman. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil jarak selama 48km.





9. Pantai Teluk Mahkota ( Kota Tinggi)

Pantai ini juga lebih dikenali dengan pantai Jason (Jason Bay) dimana ianya terletak di Tanjung Sedili. Pusat berenang, aktiviti pantai dan sukan air yang sangat popular dikalangan penduduk setempat. Terdapat kedai mini yang menjual kraftangan dan cenderamata pantai. Pengunjung juga boleh belajar cara membuat kraftangan disini. Mengambil masa dengan jarak 6km dari bandar Tanjung Sedili.



10. Pantai Teluk Endau ( Kota Tinggi)

Aktiviti pantai yang sesuai dilakukan adalah perkelahan bersama keluarga. Mengambil jarak sebanayk 49km daripada bandar Kota Tinggi. Akan melalui Teluk Mahkota .


11. Pantai Tanjung Balau ( Kota Tinggi)

Pantai yang mempunyai kemudahan parkir kereta, tempat makan, tandas , bilik mandi, surau dan chalet penginapan. Berdekatan dengan Musium Nelayan. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil masa 47km.


12. Pantai Desaru ( Kota Tinggi)

Pantai antarabangsa ini juga merupakan antara pantai yang popular bagi penduduk tempatan mahupun luar negara. Terdapat beberapa resort penginapan bagi kemudahan pengunjung dan terdapat beberapa kemudahan lain seperti sukan pantai iatu jet ski, banana bot, luncur angin dan parasailing. Aktivit lain termasuk go kart, jungle trekking, telematch dan berbasikal. Terdapat juga sukan golf. Jarak antara bandar kota tinggi dengan pantai ini adalah 57km.

13. Pantai Batu Layar ( Kota Tinggi)

Pantai yang dipenuhi dengan batu dan mempunyai beberapa resort penginapan, bilik seminar, restoren makanan laut, tapak perkelahan dan tempat BBQ. Jarak daripada bandar kota tinggi adalah 47 km untuk sampai ke stesen Petronas dan 23km lagi sebelum sampai ke destinasi.


14. Pantai Teluk Punggai ( Kota Tinggi)

Pantai kecil dan berhampiran dengan perkampungan nelayan. Terdapat beberapa resort yang tersedia dan juga tapak perkemahan. Aktiviti yang sering dilakukan disini adalah mandi pantai, memancing dan perkemahan. Boleh melihat budaya kampung disini. Mengambil jarak 47km untuk sampai ke stesen Petronas berdekatan pantai dan perlu melalui lagi 24 km untuk berada betul betul dihadapan pantai.




15. Pantai Teluk Ramunia ( Kota Tinggi)



Terdapat beberapa perkampungan Melayu disini. Terdapat beberapa resort disediakan. Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah perkelahan, memancing, sukan pantai dan sukan air. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil jarak 47km ke stesen Petronas dan lebih 29km lagi untuk berada dihadapan pantai.