Bulan cuti..Hari cuti..Holiday..pasti rmai yg nk
luang msa brsma keluarga..kekasih..ank-ank..niat nk hepii kan diorgkan msa cuti..sbb
msa cuti la pling ssuai nk bersma..lpskan rindu..mnja2 yan..mesra2 yan
kan..hahaha
“ishh kat ner port cun eak nk g holiday??” hah soalan ni laaa yg dok main kt kpala kita..kat mna nk bwk insan2x tersayang ni nk g bercuti..
Nk brcuti mst la nk g port2x org ckp tu yg boleh bg kita ketenagan.,.kebahagiaan..keperasanaan..
Ap tu keperasanaan??haha..g bukak kamus sendiri
check..
Ok..xmoe ckp bnyk lgi..hri ni..Mrs Poket nk Share nn Uolss abg2x brader kt lua sana antra tmpat2x mnarik untuk kita pergi bercuti brsma insan-insan kesayagan sekalian..
NEGERI JOHOR.
1. Pantai
Rambah ( Pontian)
Pantai ini adalah pantai yang menjadi tempat
berkumpulnya burung-burung untuk mengalunkan kemerduan suara masing masing. Ia
berdekatan dengan Pulau Pisang dan Kampung Perikanan Kukup.Untuk kesana hanya
perlu ke Pontian Kechil dalam lingkungan 8km sudah sampai di pantainya.
2. Pantai
Punggor (Batu Pahat)
Pantai ini dipenuhi dengan deretan pokok kelapa
tetapi pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda. Bagi mereka yang ingin
menikmati pemandangan pantai boleh singgah disini. Terdapat kedai-kedai yang
menjual makanan Melayu disekitar nya. Daripada bandar Batu pahat hanya 24km
untuk sampai ke sini dan dari Pontian Kechil mengambil jarak perjalanan
sebanyak 42km
3. Pantai
Minyak Beku(Batu Pahat)
Pantai yang berdepanan dengan Pualu Sialu. Batu
dipantai ini tidak sesuai untuk berenang tetapi sesuai untuk menikmati
keindahan pantai dan menenangkan fikiran. Pertandingan joran memancing juga
sering diadakan disini. Perigi Batu pahat berdekatan dengan tempat ini.
Mempunyai kedai makanan tempatan berhampiran dengannya. Boleh melihat
perkampungan orang asli disekitarnya. Daripada bandar batu pahat memakan masa
sebanyak 8km sahaja.
4. Pantai
Penyabong (Mersing)
Pasir pantai ini sangat popular pada waktu lawatan
dan hari minggu. Dapat melihat kehidupan masyarakat luar bandar. Terdapat
beebrapa resort disini dan satu antara kemudahan resort tersebut ada yang
menyediakan kolam renang untuk para pengunjung. Diwaktu hari minggu dan cuti
umum akan terdapat kedai kedai makan disekitarnya.
5. Pantai Air
Papan (Mersing)
Pantai ini bertentangan dengan Pulau Setindan . Ia
menjadi kawasan yang popular dengan destinasi pelancongan untuk rakyat
tempatan. Ia juga menjadi pusat tarikan aktiviti joran memancing. terdapat dua
jenis gerai dimana ada yang menjual makanan dan ada yang menjual cenderamata.
tempat letak kereta juga dikenakan bayaran dan terdapat aktiviti peralatan
sukan air yang disewakan. Daripada bandar Mersing mengambil jarak sebanyak
14km.
6. Pantai
Teluk Buih (Mersing)
Ia adalah pantai yang tidak berapa ramai pengunjung
dan sesuai dengan mereka yang mengingkan percutian privasi untuk mereka yang
berkahwin atau honeymoon. Terdapat satu resort dan restoren tempatan yang
menyediakan makanan laut dan Thai. Juga dilengkapi dengan tandas dan bilik
mandi dengan bayaran. Perkhidmatan sewa bot juga ada disediakan.Daripada bandar
Mersing mengambil jarak 12.5km untuk sampai kesini.
7. Pantai
Tenglu (Mersing)
Pantai yang menjadi tempat bersejarah dan popular
dengan tradisi Melayu seperti tarian zapin tenglu yang aslinya datang daripada
perkampungan nelayan disini. Pulau Setindan berdepan dengan pantai ini.
8. Pantai
Tanjung Leman (Mersing)
Pantai yang memberi pemandangan kepada Pulau Tinggi
dan Pulau Sibu. Pantai yang ditumbuhi dengan deretan pokok kelapa dengan pasir
pantai yang jernih. Menjadi pusat tumpuan jurugambar yang menginginkan
pemandangan yang cantik. Merupakan perhentian rehat bagi mereka yang ingin
pergi ke jeti Tanjung Leman. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil jarak selama
48km.
9. Pantai
Teluk Mahkota ( Kota Tinggi)
Pantai ini juga lebih dikenali dengan pantai Jason
(Jason Bay) dimana ianya terletak di Tanjung Sedili. Pusat berenang, aktiviti
pantai dan sukan air yang sangat popular dikalangan penduduk setempat. Terdapat
kedai mini yang menjual kraftangan dan cenderamata pantai. Pengunjung juga
boleh belajar cara membuat kraftangan disini. Mengambil masa dengan jarak 6km
dari bandar Tanjung Sedili.
10. Pantai
Teluk Endau ( Kota Tinggi)
Aktiviti pantai yang sesuai dilakukan adalah
perkelahan bersama keluarga. Mengambil jarak sebanayk 49km daripada bandar Kota
Tinggi. Akan melalui Teluk Mahkota .
11. Pantai
Tanjung Balau ( Kota Tinggi)
Pantai yang mempunyai kemudahan parkir kereta, tempat
makan, tandas , bilik mandi, surau dan chalet penginapan. Berdekatan dengan
Musium Nelayan. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil masa 47km.
12. Pantai
Desaru ( Kota Tinggi)
Pantai antarabangsa ini juga merupakan antara pantai
yang popular bagi penduduk tempatan mahupun luar negara. Terdapat beberapa
resort penginapan bagi kemudahan pengunjung dan terdapat beberapa kemudahan
lain seperti sukan pantai iatu jet ski, banana bot, luncur angin dan
parasailing. Aktivit lain termasuk go kart, jungle trekking, telematch dan
berbasikal. Terdapat juga sukan golf. Jarak antara bandar kota tinggi dengan
pantai ini adalah 57km.
13. Pantai
Batu Layar ( Kota Tinggi)
Pantai yang dipenuhi dengan batu dan mempunyai
beberapa resort penginapan, bilik seminar, restoren makanan laut, tapak
perkelahan dan tempat BBQ. Jarak daripada bandar kota tinggi adalah 47 km untuk
sampai ke stesen Petronas dan 23km lagi sebelum sampai ke destinasi.
14. Pantai
Teluk Punggai ( Kota Tinggi)
Pantai kecil dan berhampiran dengan perkampungan
nelayan. Terdapat beberapa resort yang tersedia dan juga tapak perkemahan.
Aktiviti yang sering dilakukan disini adalah mandi pantai, memancing dan
perkemahan. Boleh melihat budaya kampung disini. Mengambil jarak 47km untuk
sampai ke stesen Petronas berdekatan pantai dan perlu melalui lagi 24 km untuk
berada betul betul dihadapan pantai.
15. Pantai
Teluk Ramunia ( Kota Tinggi)
Terdapat beberapa perkampungan Melayu disini.
Terdapat beberapa resort disediakan. Aktiviti yang boleh dilakukan disini
adalah perkelahan, memancing, sukan pantai dan sukan air. Daripada bandar Kota
Tinggi mengambil jarak 47km ke stesen Petronas dan lebih 29km lagi untuk berada
dihadapan pantai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan